Tips Awal Proses Bina Rumah 🏠

Ramai yang berkeinginan untuk bina rumah sendiri namun tidak tahu panduan asas untuk bina rumah. Anda buntu tentang apa langkah yang perlu diambil sebelum bina rumah? Relaks jangan stress… Jom, kami kongsikan tips yang perlu anda tahu sebelum mulakan proses bina rumah idaman anda.

i. Geran Tanah
Geran tanah sangat penting dalam proses awal pembinaan sesebuah rumah. Hal ini kerana,pihak kontraktor perlu tahu beberapa maklumat penting berdasarkan geran tanah untuk melancarkan proses runding cara dibuat. Melalui geran tanah, pihak kami akan membuat semakan tentang status tanah (bangunan @ pertanian), Jenis milikan tanah samada milik individu, bersama pasangan, bersama ibu bapa, atau geran syarikat (mempunyai banyak nama dalam geran).

ii. Modal @ Bajet
Bajet bagi untuk bina rumah amatlah penting diketahui pada peringkat awal sebelum proses pelan rumah dibuat. Untuk mengetahui bajet, pihak pelanggan boleh buat semakan pinjaman perumahan yang layak mereka buat samada melalui Pinjaman LPPSA, Pinjaman bank – bank tempatan, pinjaman ahli @ koperasi abgi badan berkanun atau jumlah wang tunai yang mereka ada jika nak bina secara tunai. Jadi bagi mereka yang ingin buat semakan pinjaman perlulah sediakan penyata slip gaji 3 bulan @ 6 bulan terkini.

iii. Kontraktor
Pemilihan kontraktor sangat penting untuk bina rumah yang anda idamkan. Terdapat dua kaedah yang biasa ditawarkan oleh pihak kontraktor iaitu khidmat konsultasi bina rumah dan khidmat pengurusan bina. Anda perlulah membuat sedikit kajian berkaitan latar belakang kontraktor yang dipilih seperti berdaftar dengan CIDB, Memliki Lesen Kontraktor dan memiliki kewangan yang stabil bagi menjaminkan pembinaan berjalan dengan baik tanpa terbengkalai.

iv. Bina Rumah
Proses pembinaan akan mula dilaksanakan setelah semua proses di atas selesai mengikut tempoh dan masa ditetapkan. Biasanya ia mengambil masa 10 bulan hingga 12 bulan bergantung kepada keluasan rumah dan juga lain-lain aspek seperti cuaca dan keadaan semasa. Pemantauan kerja –kerja ditapak akan dilaksankan oleh penyelia tapak bagi memastikan pembinaan berjalan mengikut ketetapan yanh telah dibuat. Lawatan pemeriksaan tapak akan dijalankan apabila rumah telah mencapai 95% siap untuk memastikan rumah dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum penyerahan kunci dibuat kepada pemilik rumah.

Semoga tips yang kami kongsikan ini memberi manfaat dan membantu anda membuat keputusan untuk membina rumah impian anda.